BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

nuffnang

Tuesday, September 21, 2010

.::doa untuk cemerlang::.

kalau tak silap semalam pelajar2 darjah 6 start menduduki ujian pencapaian sekolah rendah, UPSR..gewd luck ye to all students (*_^) for those peoples yang ada adik boleh la try doa atau cara ni..n untuk kawan2 saya jugak yang ade agy 3 weeks nak final exam..hee~~ masa zaman2 sekolah menengah dulu ini lah yang saya selalu amalkan..alhamdulillah dipermudahkan urusan ketika peperiksaan..n alhamdulillah dapat keputusan yang diharapkan(*_^) apa2 pown kita kene berusaha juga ye kawan2..


TRY YEK~~

Anda bacalah surah yassin selepas solat maghrib dan pada malam jumaat setiap bulan.  Kemudian, bacalah surah yassin pada setiap malam hari peperiksaan sehingga mata pelajaran terakhir peperiksaan.  Cara membaca surah yassin untuk penerang hati dan lulus peperiksaan diperlihatkan seperti berikut :-

1.    Niat
      Ya Allah, aku berniat membaca surah yassin ini untuk aku/anak-anakku belajar dan lulus peperiksaan (sebut nama peperiksaan…….) dengan cemerlang

2.    Permohonan
Ya Allah Tuhan Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya.  Kaulah Tuhan yang Maha Pemurah, Maha Penyayang lagi maha Mengasihani.  Aku bermohon kepadaMu bahawa berkatilah aku membaca yassin ini, kau terangilah hatiku/anak-anakku dan tenangkan fikiranku/ anak-anakku supaya aku/ anak-anakku dapat belajar dan memahami segala ilmu dan mata pelajaran yang anak-anakku ambil untuk peperiksaan (sebut nama peperiksaan….) Kau berilah kesihatan tubuh badan dan otakku/ anak-anakku dan kau berilah jalan yang mudah bagiku/ anak-anakku agar aku/ anak-anakku lulus dengan cemerlang di dalam peperiksaan tersebut.  Amin Ya Rabbal Alamin.

3.    Sebelum membaca surah yassin, bacalah dahulu surah al-fatihah sebanyak 7 kali dan setiap satu bacaan sedekahkanlah kepada yang berikut :-
i.     Aku baca surah al-fatihah ini untuk Nabi Muhammad saw.  Alfatihah……
ii.   Aku baca surah al-fatihah ini untuk Malaikat. .  Alfatihah……
iiii. Aku baca surah al-fatihah ini untuk para Nabi.  Alfatihah……
iv.  Aku baca surah al-fatihah ini untuk para wali.  Alfatihah……
v.   Aku baca surah al-fatihah ini untuk Ibu Bapaku..  Alfatihah……
vi.  Aku baca surah al-fatihah ini untuk sekelian Muslimin.  Alfatihah……
vii. Aku baca surah al-fatihah ini untuk segala hajatku.  Alfatihah……

4.    Baca Bismillah dan baca kata yassin iaitu perkataan yassin sebanyak 7 kali dan baca niat serta permohonan seperti perkara di nombor 1 dan 2 di atas.

5.    Apabila tiba pada ayat “salamun qau lan mirrabil rahim”, baca ayat tersebut sebanyak 7 kali dan sebutkan niat dan permohonan seperti perkara di nombor 1 dan 2 atas.   Kemudian teruskan membaca surah yassin hingga tamat.

6.    Apabila tiba pada ayat “awalai thallazi khalaqassama watiwal ardha biqadirin ‘allaiyah luqamislahum bala…”.  Bacalah ayat tersebut sebanyak 7 kali dan ulang niat dan permohonan pada perkara nombor 1 dan nombor 2 di atas.  Kemudian teruskan membaca yassin hingga tamat.

7.    Setelah tamat membaca surat yassin, sebaik-baiknya ulang sekali lagi niat dan permohonan seperti perkara nombor 1 dan nombor 2 di atas.  Kemudian tutup kitab yasin dan cium sekali.  Disamping mengamalkan surat yassin, anda digalakkan membaca doa Akasyah pada awal tahun, pertengahan tahun dan pada malam menjelang peperiksaan esoknya.  Sebaik-baiknya membaca doa Akasyah selepas solat maghrib.  Cara mengamalkan doa Akasyah adalah seperti berikut :-

     i.   Niat
      Ya Allah, aku berniat membaca doa Akasyah  ini untuk aku/ anak-anakku  belajar dan lulus peperiksaan (sebut nama peperiksaan…….)  

ii.   Permohonan
Ya Allah Tuhan Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya.  Kaulah Tuhan yang Maha Pemurah, Maha Penyayang lagi maha Mengasihani.  Aku bermohon kepadaMu bahawa berkatilah aku membaca yassin ini, kau terangilah hatiku/anak-anakku dan tenangkan fikiranku/ anak-anakku supaya aku/ anak-anakku dapat belajar dan memahami segala ilmu dan mata pelajaran yang anak-anakku ambil untuk peperiksaan (sebut nama peperiksaan….) Kau berilah kesihatan tubuh badan dan otakku/ anak-anakku dan kau berilah jalan yang mudah bagiku/ anak-anakku agar aku/ anak-anakku lulus dengan cemerlang di dalam peperiksaan tersebut.  Amin Ya Rabbal Alamin.

iii.   Bacalah surah al-fatihah sebanyak 7 kali dengan cara yang sama seperti membaca surah Yassin seperti di atas.

iv.  Bacalah doa Akasyah hingga tamat

v.    Setelah tamat membaca doa Akasyah ulangi niat dan permohonan seperti perkara nombor 1 dan 2 seperti di atas.

PERINGATAN   :  disamping surah yassin dan doa Akasyah anda bolehlah mengamalkan doa-doa ringkas lain untuk tujuan belajar, penerang hati, penenang fikiran dan keselamatan diri.

Silalah Like(*_^)

3 comments:

HAZWAN17 said...

doa adalah senjata mukmin

ayda said...

thanks for sharing this info. :)

ayda said...

thanks for sharing this info.

.:: nuffnang ::.